Sandwich Agrotek Garden Resort

8 Jun 2010

Cerita kali ni bukanlah tentang sandwich yang ada dijual di Agrotek Garden Resort, sandwich yang ada jual dimana-mana ataupun apa-apa hidangan yang available di Agrotek Garden Resort tu. Bahkan ianya bukanlah sandwich yang ada roti dan inti sardin, telur, cheese, peanut butter etc tu.

Macam ni ceritanya. Hari Isnin tu Acu datang dengan Uncle Edy. Acu datang tengok nenek. So hari Selasa tu Ayah dan Ibu ajaklah Acu dan Uncle Edy makan kat Agrotek. Seperti biasa ramai orang takut dengan jalan yang gelap dan curam nak ke Agrotek tu. Dan macam biasa juga kami disambut dengan taburan bunga-bunga di pintu masuk. Acu & Uncle Edy terkejut tengok orang tu tabur-tabur bunga.










Kami pun order makanan, Ayah sorang je makan nasi semua yang lain order makanan western. Tengah kami makan tu tiba-tiba datang 3 orang lelaki ke meja kita. Sorang main gitar, sorang main gendang yang Ayah kata bongo dan sorang lagi main marakas. Semua alat muzik kecuali gitar nampak macam homemade je. Diorang jalan sambil main muzik intro yang kita rasa macam lagu Bujang Lapok dan berhenti di meja kita.

Mereka cakap nama kumpulan mereka "SANDWICH"!!!



















Mula-mula diorang nyanyi lagu Aspalaili adik Aspalela - Saiful Apek (Sebenarnya lagu Aspalela juga, diorang tukar je jadi Aspalaili). Best juga. Lepas lagu tu mereka bagi peluang kita pilih lagu untuk diorang nyanyikan. Acu suruh kita mintak lagu Aku Bukan Superman tu. Pun best juga. Abang yang main gitar tu bagitau kita secret pasal lagu tu he he....



Sebelum balik tu Ibu panggil lagi Sandwich ni. Ibu mintak lagu Akim Menatap Wajahmu, tapi diorang belum khatam la lagu tu. Lagu Bengang pun diorang belum khatam lagi. Last last nyanyi lagu Kris Dayanti je....
Labels: edit post
0 Responses