Grand Lexis, Port Dickson

6-7 Oktober 2012

Ayah bagitau, dah lama ayah planned nak bawa kami sekeluarga ke hotel ni. Tapi selalunya tak berkesempatan sebab masa dan juga rate hotel ni yang mahal. Ayah kata tak berbaloi bayar hotel mahal-mahal kat PD. Tapi kali ni berbeza sebab secara kebetulan ibu ada training di sini. Dahsyat diorang ni, buat training kat hotel bilik RM600+ satu malam. Duduk pulak 2 orang walau bilik tu boleh muat 4 orang sebab katilnya yang besarr.

Oleh sebab ibu akan duduk bilik lain, kami ajak acu join sekali dan acu pun setuju. Mula tu teragak-agak juga ayah dan acu samada nak duduk Lexis ke Grand Lexis, tapi akhirnya....

Hotel ni memang lavish, sesuai la dengan harga dia. Boleh baca pasal hotel ni kat part review nanti kat bawah ye. Ni gambar-gambar kita lepas check-in. Tinggal kita, ayah dan acu. Ibu dah gi training. Boleh pulak ibu terbawak kamera kita, acu pulak tartinggal kamera. So gambar-gambar dalam ni adalah hasil dari handphone ataupun viewcam je.


Oleh sebab cuaca panas, kita tak dibenarkan mandi pool lagi. Tunggu teduh sikit kata ayah. Oleh sebab bilik ni ada microwave oven dan minibar, Acu ajak kita beli frozen food dan minuman. Acu kata nanti tak payah susah-susah keluar makan. So kita pun keluar shopping dengan acu sambil ronda-ronda persekitaran hotel.
 



Dalam buggy!
My private pool! Having it all to myself. Ha ha



Hey whats cooking? Shhh! Masterchef @ work ni!!

Malam tu disebabkan semua dah kenyang dan dah penat berendam maka kami lepak2 kat bilik je. Nak jenjalan pun tak tau nak pergi mana. Pekan PD pun jauh sebab hotel ni sebenarnya kat pekan Lukut. So kami golek-golek je la atas katil malam tu sambil tengok tv dan main game sementara menunggu ibu balik. Dalam pukul 10 ibu habis training dan datang lepak kat bilik kita sebelum balik tidur kat bilik ibu.

Ni gambar-gambar breakfast


  
GRAND LEXIS, PORT DICKSON REVIEW
  • Persekitaran: Cantik. Tapi kawasan mcm tak cukup utk buat aktiviti luar. Ada 3 jenis bilik iaitu garden (atas tanah), Chalet atas air serta atas bangunan. Kami ambik yang garden sebab yang lain dah penuh. Kami dapat bilik hujung dalam row kami (row lain ada hujung lagi) bersebelahan shoplots yang hidup segan mati, kena mati jugak (luar kawasan resort)
  • Bilik: Mewah juga la. Setiap bilik ada lcd tv dgn astro, microwave oven, minibar dgn soft drinks serta tea/coffee facilities yang lengkap dan pelbagai. Private pool. Washroom yang besar. Main area tempat sinki, ada built-in almari, siap ada timbang, bath towel, pool towel, robe dll. Siap ada meja/bangku marble lagi. Lepas tu baru jumpa shower in one room and toilet in another. Peliknya kat shower pun ada tempat duduk. Jadi selain toilet, anda juga boleh duduk termenung sambil mandi di shower atau menggosok gigi di sinki area.
  • Makanan: Best. Nampak biasa-biasa dan simple, tapi best. Juice ada 4 ke 5 jenis. Roti boleh dibakar pakai toaster/oven atau bakar atas arang macam kopitiam selain all the croissant dan mini danishes. Telur ada telur rebus  dan scrambled kat dalam. Kat luar ada telur sunny-side, omelette dan half-boiled. Ada yogurt dan cold dishes lainnya. Pendek kata ayah boleh surrender la tanpa trying most of the food. Kita kena tambah extra charge sebab kupon utk 2 org je. Ayah kena bayar belas-belas ke dua puluh lebih utk kita. Tapi memang puas hati
  • Akan datang lagi?: Besar kemungkinan; InsyaAllah.
  • Value for money?: Ayah kata a bit on the high side. Maksud belum check lagi!
  • Kejadian tak diingini
    • Kipas berasap pada ptg lepas check in. Technician dtg. Check tak jumpa. Dia macam nak blah dengan statement "Tak jumpa lah encik. Kalau jadi lagi encik call housekeeping semula". Ayah tak puas hati, suruh check juga, nasib baik dia terbau hangit kat kipas tu. Changed part kipas tu dan semuanya ok. Siap housekeeping call balik tanya dah settle ke.
    • Takde letrik. Malam tu masa ibu kat bilik kita, tetiba takde elektrik. Nampak macam kami 4 bilik hujung ni je terbabit. Org bilik depan cakap dia dah bagitau frontdesk. Lepas setengah jam tiada perkhabaran, ayah mula baran. Ayah call frontdesk, diorg kata separuh dari garden unit yang affected dan tengah tunggu TNB datang. Ayah sound diorg bagilah tau kat guests ni. Org semua terkebil-kenil dalam gelap dan panas tanpa maklumat, siang tadi bukan main update bila masalah dah selesai. Kami bernasib baik sebab entah camana torchlight CSI ayah yang biasanya ditinggal di rumah atau dalam kereta tu kami bawa kedalam bilik. Selain tu handphone buruk yang ada torchlight tu pun dibawa bersama. Lega la sikit ada cahaya. Last tu dekat-dekat sejam baru ada elektrik semula.
0 Responses