Pohonlah Hidayah Dari Allah

27 February 2013

Firman Allah dala Al-Quran
  1. '..sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk' [Al-Kahfi, 13]
  2. Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman. [Al-An’aam: 125]
Anakku:
  • Pohonlah sentiasa hidayah dari Allah swt. Hidayah adalah hak mutlak Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Begitu mahal nilainya hidayah ini bagi manusia sehingga kita memohon daripadaNya 17 kali setiap hari dalam surah al-Fatihah semasa solat fardhu.
  • Bayangkan bapa saudara nabi Abu Talib yang menjaga dan menyayangi Rasulullah SAW lebih dari anak-anaknya sendiri tidak terpilih untuk menerima hidayah Allah SWT yang mahal nilainya mati dalam kekufuran.
  • Lawan hidayah ialah kesesatan. Ada orang yang berbuat dosa dan takbur dengannya, Jika seseorang buat dosa kepada Allah dalam keadaan ketawa, Allah pasti seksanya di hari Akhirat dalam keadaan dia menangis. Ada juga orang yang diberi hidayah pada mulanya, tapi dicabut hidayah itu akhirnya.

SNADA - Alif Kecil
Ketika malam datang mencekam
Kulihat si Alif kecil yang malang
Duduk tengadah ke langit yang kelam
Meratapi nasib diri

Kilat menyambar hujanpun turun
Semakin basah hatinya yang resah
Kapankah semua ini kan berakhir
Di jalanan penuh duri

Reff:
Ya Allah tunjukkan jalan-Mu
pada si Alif kecil
Agar ia dapat menahan cobaan
Dan rintangan yang datang menghadang

Ya Allah kuatkan hati
Pada si ALif kecil
Agar terbebas dari tirani
Menuju cahaya Illahi...2X

Liga 1MCC U12 2013 - Week 2

23 February 2013

Hari ni Sabtu 23/02/2013 adalah minggu perlawanan ke dua bagi Mahkota FA dalam Liga 1MCC U12 2013. Bezanya pagi ni ayah dan ibu hantar kita terus ke RRI dan bukan ke Afiq. Perlawanan hari ni untuk MFA bermula pukul 10.30 pagi, jadi sempatlah ayah dan ibu bawa kita breakfast dulu. Kami bersarapan di kedai peluh-peluh BTHO dan tiba di padang RRI pada lebih kurang pukul 9.15 pagi.

Sesi warming-up




Penentuan first-11, reserved dan sebagainya


Mula-mula panaskan bangku simpanan dulu. Biasa la, star mana boleh masuk dulu he he he...


Tapi tak lama. Dalam 10 minit, kita dah diarahkan masuk padang


Halftime dengan kedudukaan 2-0


Game pertama kami menang 2-0. Untuk game ke-2 kita jadi reserve all the way. Lagipun pemain dah ramai sampai. Pagi tadi kami ada 15 orang je termasuk penjaga gol simpanan, sekarang reserve player je dah ada 10 orang. Gilir-gilir la main kan. Tapi mungkin sebab dah penat ataupun panas, team MFA main tak macam pagi tadi. Namun kami masih menang 1-0.



Panas woo main pukul 1.30 tengahari. Kita pun elak-elak taknak main time ni.

Keputusan akhir hari ini:
Week2 Sabtu 23.02.2013 - LESTARI JUNIOR FC @ padang A/10.30am (2-0)
Week2 Sabtu 23.02.2013 - EAGLE PREMIER FA @ padang A/01.30pm (1-0)

Labels: , 0 comments | edit post

Pasukan Elit Olahraga

21 February 2013

Kali ini kita dapat pula wakil sekolah ke MSSD untuk olahraga.... Surat untuk pelepasan dari sekolah agama pun dah dapat seperti di bawah ni. Cuma risau ayah tak bagi je. Ayah kata kena tengok dulu macamana samada boleh tidak kita buat semua tu iaitu bolasepak, takraw dan olahraga. Buat masa ni ayah bagi pun sebab ada perkataan elit tu je.:
Elit... wow!!!

Labels: 0 comments | edit post

Liga 1MCC U12 2013 - Week 1

17 February 2013

Hari ni bermulanya perlawanan pertama bagi pasukan U12 Mahkota FA dalam Liga 1MCC - Hong Leong Yamaha 2013. Walaupun secara rasminya ia bermula semalam, tapi hari ini baru ada perlawanan untuk MFA. Hari ini kami akan menetang pasukan GEN PRO dan juga MY KIDS SOCCER.

Pagi-pagi lagi seawal jam 7, kami berkumpul di Hentian / Restoran Rasmi MFA iaitu Restoran Afiq Harmoni di Bandar Mahkota Cheras. Oleh sebab kita terlewat sikit bertolak, ayah bawa ibu sekali sebab kalau dah tertinggal rombongan, ayah plan nak hantar kita terus ke padang RRI tu. Nasib baik kami masih sempat. Ayah hantar kita disini sahaja dan mungkin ke RRI pada tengaharinya.

Inilah suasana di RRI. Selain liga kami ada banyak perlawanan lain diadakan disitu. Ramai orang. Macam pesta bolasepak je. Oh ye, gambar-gambar selepas ini sebenarnya diambil pada lewat pagi sebab sebenarnya ibu yang ambil gambar-gambar ni. Pagi tu takde kamera sebab ibu belum sampai.



Kem MFA


 Melangkah masuk untuk bersedia bagi perlawanan kedua


Power Bar time.... yucks!!


Fotoan dulu dong mas sebelum lagi bertarung.


Inilah barisan kita, yang ikhlas berjuang, siap sedia berkorban untuk ibu pertiwi

Gambar-gambar separuh masa pertama




Halftime kami mendahului 2-0. Sesi pep-talk dan berehat

 Second half

Kena balas satu gol dalam second half. Ni sesi amanat terakhir sebelum makan dan pulang.


Tapi minggu depan kami akan datang lagi ye.. tunggu.

Keputusan akhir hari ini:
    Week1 Ahad 17.02.2013 - GEN PRO @ padang A/08.30am (0 - 5)
    Week1 Ahad 17.02.2013 - MY KIDS SOCCER @ padang A/12.30pm (2 - 1)
Labels: , 0 comments | edit post

Seafood BBQ @ Bagan Atuk

16 February 2013

Ceritera bermula masa hari ke 3 kita berpindah dan tiada kena mengena dengan Bagan Datoh, Perak. Tajuk ini adalah kombinasi nama tempat kita selalu pergi makan seafood dengan Ayah dan Ibu iaitu "Bagan Lalang" + "Rumah Atuk".

Kita ada friendly match bola dengan MPPJ. Tiba di rumah (Cik Jef hantar), kita tengok MakSu sekeluarga dah ada. Oleh sebab rumahpun belum habis berkemas, kami semua makan di luar. Malam tu kami makan Buffet BBQ & Steamboat. Nothing special kecuali telur kembar yang kami jumpa - sebiji telur tapi ada dua kuning.
Telur Kembar
Lepas makan tu PakSu cadangkan apa kata kita buat sendiri BBQ/Steamboat ni kat rumah atuk. Jadi hari ini selepas balik dari Kelas Sabtu di sekolah, PakSu Call ibu dan ajak datang ke rumah Atuk utk acara BBQ keluarga. Kami bertolak selepas asar dan tiba dalam pukul 6. Tak lama kemudian keluarga Acik pun sampai. Keluarga MakLong je takde sebab PakSu try call beberapa kali tapi tak berangkat.

Oleh sebab dapur BBQ/Steamboat tidak dapat dikesan, maka hari ni hanya hidangan BBQ akan dihidangkan, Itu pun dilakukan secara tradisional di atas bara. Sesi pembakaran diketuai oleh PakSu & Achik Farid sementara Team Junior Masterchef hanya membantu sambil mengacau
 

Setelah selesai sesi pembakaran utama, kami pula mengambilalih. Sebagai ahli Junior Masterchef ataupun Team Pembakar Junior yang paling tua yang hadir, kita memimpin (chewah) adik-adik membakar burger dan gijoe.



Labels: 0 comments | edit post