Seafood BBQ @ Bagan Atuk

16 February 2013

Ceritera bermula masa hari ke 3 kita berpindah dan tiada kena mengena dengan Bagan Datoh, Perak. Tajuk ini adalah kombinasi nama tempat kita selalu pergi makan seafood dengan Ayah dan Ibu iaitu "Bagan Lalang" + "Rumah Atuk".

Kita ada friendly match bola dengan MPPJ. Tiba di rumah (Cik Jef hantar), kita tengok MakSu sekeluarga dah ada. Oleh sebab rumahpun belum habis berkemas, kami semua makan di luar. Malam tu kami makan Buffet BBQ & Steamboat. Nothing special kecuali telur kembar yang kami jumpa - sebiji telur tapi ada dua kuning.
Telur Kembar
Lepas makan tu PakSu cadangkan apa kata kita buat sendiri BBQ/Steamboat ni kat rumah atuk. Jadi hari ini selepas balik dari Kelas Sabtu di sekolah, PakSu Call ibu dan ajak datang ke rumah Atuk utk acara BBQ keluarga. Kami bertolak selepas asar dan tiba dalam pukul 6. Tak lama kemudian keluarga Acik pun sampai. Keluarga MakLong je takde sebab PakSu try call beberapa kali tapi tak berangkat.

Oleh sebab dapur BBQ/Steamboat tidak dapat dikesan, maka hari ni hanya hidangan BBQ akan dihidangkan, Itu pun dilakukan secara tradisional di atas bara. Sesi pembakaran diketuai oleh PakSu & Achik Farid sementara Team Junior Masterchef hanya membantu sambil mengacau
 

Setelah selesai sesi pembakaran utama, kami pula mengambilalih. Sebagai ahli Junior Masterchef ataupun Team Pembakar Junior yang paling tua yang hadir, kita memimpin (chewah) adik-adik membakar burger dan gijoe.



Labels: edit post
0 Responses