Nama saya Muhamad Amirul Amin, biasa orang panggil Amirul. Tahun 2009 ini kita darjah 2. Ayah suruh buat blog ini untuk letak cerita dan gambar kami pergi berjalan-jalan. Kita suka jalan-jalan lebih lagi suka kalau ayah dan ibu bawa duduk hotel. Boleh mandi swimming pool. Tapi tak selalu la kami pergi hotel. Ayah dan ibu selalu sibuk, lagipun ayah kata duduk hotel tu mahal. Ye ke?
Sempena CNY Tahun Ular ni, kami berpindah ke rumah baru. Dan semasa orang menyambut hari kekasih, kita dengan rasminya mula bersekolah dari rumah baru.