Andai Kata Anakku Tersilap
1:39 AM
27 March 2013
Di kala kita dilanda masalah dan dugaan, selalu kita rasa menyesal dengan apa terjadi. Mungkin kita sedar akan kesilapan yang kita lakukan dan mungkin juga kita menunding jari mencari salah pada orang lain. Akhirnya, masa berlalu dan peristiwa itu menjadi sejarah yang memerlukan masa untuk kita mengubati kekecewaan dan penyesalan.
Jadikanlah sejarah sebagai satu cabaran. Titik hitam hanyalah secebis sejarah. Kita perlu ke hadapan. Cabarlah diri sendiri untuk menjadi seorang yang lebih baik, mengubah keadaan menjadi lebih baik dan memperoleh keredhaan Allah. Tadahlah tangan memohon doa, bertaubat dan sujudlah pada Allah. Kita hanyalah si kerdil yang dikuasai oleh hati yang jauh lebih kerdil dari jasad kita ini.
Sentiasalah memohon bantuan dan petunjuk dari Allah S.W.T serta bertaubatlah dengan dosa yang lalu. Jika hati ini sedih, takut, kecewa dan risau, sekujur tubuh ini tidak merasa yakin untuk melangkah mengejar kejayaan. Ini hanya mainan hati dan bisikan syaitan yang tidak jemu untuk menyesatkan kita.
Maka janganlah biarkan hati kita diugut-ugut dan dimomok oleh sejarah, kerana masa telah membawa sejarah pergi.