Liga 1MCC U12 2013 - Week 4

9 March 2013

Jadual perlawanan hari ini menarik. First game pukul 9:30 dan second game 12:30, tak lama menunggu dan boleh balik awal. Selain Ayah & Ibu, kali ni Humairah akan ikut sama. MakSu & PakSu kena sekolah hari ni, jadi diorang minta ibu jaga Humairah kejap.

Pukul 7:30 PakSu sampai. Bagi masa Humairah bertenang kejap then kami terus ke RRI. Kejap je Humairah dah ok. Siap beli kuih dah masa kita singgah beli sarapan. Dalam 8:40 kami pun sampai. Seperti biasa ayah turunkan kita depan khemah MFA dan terus pergi sarapan kat cafe berhampiran situ.

Game pertama menentang Remaja Harimau Klang dibatalkan. Kami dapat walkover sebab pasukan lawan gerun, he he diorang ada maslah teknikal le. Coach ke jersey ke tak sampai-sampai, entah la kita pun tak tau. Janji menang free.

Perlawanan kedua menentang Glenmarie United. Jenuh juga team ni. Kami score 1 (penalti), dia score 1. Kami score yang kedua, dia pun score yang kedua. Nasib baik jaringan ke tiga oleh Amri ni tak berjawab. Kita letak video dia kat sini ek.

video

Keputusan hari ini
     Week4 Sabtu 09.03.2013 - KB REMAJA HARIMAU KLANG @ 9.30am (3-0 wo)
     Week4 Sabtu 09.03.2013 - GLENMARIE UNITED @ padang B/12.30pm (3-2)
Labels: , edit post
0 Responses