15 December 2012
Jumaat 14 Dec 2012. Acu mendarat di LCCT balik dari Bandung, Indonesia selepas bercuti beberapa hari. Jadi inilah peluang kita pula balik bercuti ke Johor. Buat pertama kalinya, kita balik ke Johor tanpa ditemani ibu atau ayah. Kami jumpa Acu di Seremban, dan kita terus ikut balik ke Johor.
Jumaat 14 Dec 2012. Acu mendarat di LCCT balik dari Bandung, Indonesia selepas bercuti beberapa hari. Jadi inilah peluang kita pula balik bercuti ke Johor. Buat pertama kalinya, kita balik ke Johor tanpa ditemani ibu atau ayah. Kami jumpa Acu di Seremban, dan kita terus ikut balik ke Johor.
Selalunya kat rumah Acu kita sentiasa layan ipad, net, graal dsb.
Aktiviti biasa di rumah Acu: Ipad, Xbox, Notebook, Internet, Smartphone Games etc. |
Malam esoknya (15 Dec 2012) ayah dan ibu menyusul ke Johor... he he he. Esok paginya ibu kejutkan kita agak pagi. Ayah kata sudah-sudahla main game tu. Ayah ajak Acu bawak kami jalan-jalan kat Rengit.
Kat mana Rengit ni?
Kalau ikut encik Wikipedia: Rengit is a town in the Batu Pahat District of Johor, Malaysia. It is the border town between Batu Pahat and Pontian district. Approximately 37km away from Bandar Penggaram, Batu Pahat, capital of Batu Pahat district and 38km away from Pontian Kechil.
Apa kita buat kat Rengit? Baca ye...
Setiba di Rengit, kita rasa lapar. So semua orang buat keputusan singgah makan dulu. Acu bawak kami makan kat kedai Nasi Ayam Ali. Dari cerita Ayah dan Acu, kedai ni famous juga dan ada cawangan kat rumah Acu. Tapi kat Johor ni memang banyak kedai nasi ayam la. Ada Nasi Ayam Rengit, Nasi Ayam Ali / Haji Ali, Nasi Ayam Gemas dll
Makan otak-otak dulu sebelum makanan sampai. |
Makanan Sampai !!! |
Oops Makanan habis... he he he |
Lepas tu kami ke destinasi utama iaitu Pasar Karat Rengit. Kat sini adalah pasar yang menjual barang-barang terpakai dari Singapore. Macam-macam ada...
Kat area bangunan baru. |
Ada stroller, barangan elektrik dan perabut. |
Depan kedai lama yang ada jual treadmill, mintak kat ibu tapi tak dapat. |
Kedai perabut kayu, ukir-ukiran dsb. |
Last tu kami singgah di Pantai Punggur. Rasanya kat sini tak boleh mandi, boleh rehat-rehat tengok pemandangan atau berkelah; nak memancing pun boleh. Ada juga gerai jual makanan tapi tak banyak la.
Payung kaler-kaler keluar, sebab hujan. |
Aktiviti kami terpaksa dihentikan kerana hujan. Tambahan pula Ibu baru bagitau yang kami terpaksa balik KL hari ini juga sebab esoknya nak pergi berjalan dengan family sebelah Ibu pula. Kemana yea?