Temerloh & Kuantan

17 December 2012

Ibu kejutkan kita suruh masuk rumah sebaik kami tiba dari Johor jam 11:30 malam. Kita dah tertidur selepas dinner di Seremban sebelumnya.

Pagi Isnin 17 Dec 2012 ibu kejutkan kita pukul 7 pagi. Kita tengok Ayah tengah check kereta, malam tadi sekali-sekala brek kereta ayah berbunyi. Alamak! Tak jadi nak gi jalan-jalan ke? Ibu call Atuk bagitau yang kami nak service kereta dulu, tapi Atuk kata takpe, takde masalah; bawak keta Atuk je tetapi Ayah yang drive. Malam tadi juga kita terdengar phone conversation Ibu dan Ummi (Acik), rasanya kami semua akan ke Kuantan. Kadang-kadang ibu yang arrange kalau hal-hal trip beramai-ramai ni. Tapi kali ni Acik pulak uruskan. Lagi pun masa tu kami dalam perjalanan lagi, susah nak check internet dan call hotel.

7:40 kami bertolak ke rumah Atuk. Disebabkan 'jam' pagi Isnin, kami tiba di rumah Atuk pukul 9 pagi. Tak lama tu keluarga Acik pun sampai. Kami semua bertolak lebih kurang pukul 9:40 dalam 3 biji kereta. Destinasi: Kuatang!!
  • Kereta takde budak: Kereta Atuk - Atuk, Wan, Ayah & Ibu
  • Kereta ada budak-budak handsome: Kereta Acik Farid - Acik Farid, Acik, Kita, Hakim, Hadi & Hasib
  • Kereta ada baby-baby: Kereta PakSu - PakSu, MakSu, Humairah & Harraz 
Destinasi Pertama - Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh
Jangan risau, takde masalah. Sebenarnya kami nak singgah di rumah Wan Enon adik Atuk. Cari punya cari tak jumpa pulak taman rumah dia. Last-last kami ke IPD Temerloh sebab atuk suami wan ni kerja kat situ. So kami singgah situ untuk dapatkan direction. Lagipun taman tu adalah kawasan perumahan polis, mesti semua polis tau kan.
Rasa macam kena escort pulak (Hiasan)
Destinasi Kedua - Rumah Atuk Aziz & Wan Enon
Rupa-rupanya atuk tu ketua polis kat situ. Dia pun ikut balik ke rumahnya sebab waktu tu pun dah waktu makan tengahari. Kami follow belakang.




Kami tak lama di rumah wan dan atuk ni. Kira singgah makan tengahari dan solat zohor je. Atuk Aziz tu pun nak balik semula ke pejabat dan kami pun menyambung perjalanan ke Kuantan. Terima kasih semua, terutama uncles yang sporting layan kami main Fifa kat PS3 diorang.

Final Destinantion - Kuantan, Pahang Darulmakmur
Walaupun dah tiba di Kuantan, kami sebenarnya belum decide nak duduk hotel mana. Acik dah book beberapa hotel dan finalistnya ialah Sri Manja Boutique Hotel dan Shahzan Inn Kuantan. Kami pergi tengok kedua-duanya. Sri Manja ni kat Indera Mahkota, hotel baru, boutique lagi. Tapi Ayah dan Atuk tak berapa suka sebab persekitarannya yang agak sunyi. So kami pilih yang kedua. Kita dah pernah duduk di Shahzan Inn ni lama dulu, tahun 2009. Memang tengah-tengah bandar Kuantan, dekat dengan masjid besar kat Kuantan ni (Masjid Negeri Sultan Ahmad 1).

Kuak Hujan Lebat
Sepertimana biasa, acara mandi manda mesti ada. Swimming pool kat hotel ni terletak di tingkat 2 kalau tak silap kita. Ada 2 pools, satu untuk budak-budak kecik dan satu lagi dewasa. Oleh kerana pool yang dewasa ni pun tak berapa dalam, maka kami semua mandi kat situ. Lagipun bukannya ada orang lain.




Tengah seronok mandi tiba-tiba hujan lebat turun. Kami ingat nak naik dah, tetapi tengok Acik Farid dan PakSu terus je mandi lagi. Kalau orang dewasa boleh selamba tahan mandi dalam hujan, apatah lagi orang muda macam kita kan? Kami pun berlamba-lambalah juga mandi dalam hujan.

Destinasi Makan
Malam tu kami semua makan di sini
Kami naik duduk kat tingkat atas, memula tu takde orang tapi tiba-tiba je tempat tu dah terpudat! Kita pernah dengar nama kedai ni sebab dia ada cawangan di Bangi. Kami pernah cuba pergi tapi asyik penuh je, masa datang Kuantan dulu pun ayah pernah ajak pegi tempat ni tapi tak jadi sebab ayah kata jauh. Kali ni pergi macam dekat je?? Dulu pun duduk hotel sama jugak...





Destinasi Shopping, Daa!
Alamak gambar makan dan makanan takde la. Semua orang tengah lapar kan..... Selesai makan kami singgah di Teluk Cempedak. Masuk je kat bazar (macam downtown) dia, hujan turun mencurah-curah. Tak tau la berapa pasang pulak MakSu beli baju? MakSu kalau hujan kat bazar memang akan beli baju! Kita dapat selipar Nike sepasang, Acik Farid belanja (terima kasih ye). Hujan teduh je, kami pun balik ke hotel.

Paginya...
Pagi-pagi lagi ibu dan ayah kejut ajak breakfast. Rupanya kita je yang rasa pagi sebab sebenarnya... 
  • Atuk & Wan dah selesai breakfast pun
  • PakSu, MakSu & Humairah bukan je dah breakfast, diorang dah kat swimming pool. Wan yang jaga Harraz.
  • Acik & Acik Farid sekeluarga dah siap sedia tunggu kita nak ajak breakfast sama-sama
Kami turun breakfast sama-sama. Breakfast dia simple je, tak la grand. Biasa-biasa je. Ayah kata ini antara hotel yang sambalnya 'edible' walhal itu menu breakfast mesti ada kat mana-mana hotel Malaysia. Kita 'no komen' sebab kita makan roti bakar je...
Lepas makan kami ambik keputusan untuk melegakan otot-otot perut dan menyegarkan mata-mata (bukan mato-mato) yang kut-kut masih mengantuk. Camanana... keceburrr!!!
The Making Of: Ratu terjun negara!!
Cantik kan... mandi pun ingat masjid.
Tengaharinya....
Tengahari tu apa lagi kan, Check Out la.... Memang plan tak lama pun berjalan ni, satu malam je. Tengok le pose-pose kat lobby ni ye.


Ho ho ho! Horlicks?!

Keluar dari hotel, kami ke Teluk Cempedak sekali lagi sebab malam tadi singgah sekejap sangat. Ye la dah malam dan hujan pulak tu. Tapi kali ni kami disambut oleh hujan juga, siap dengan ombak kuat. Takpe la, nampak la apa yang berlaku berbanding malam tadi.


Lepas Teluk Cempedak, Acik Farid bawak kami semua makan di D'Jungle (kalau tak silap). Tempat ni adalah sebuah FoodCourt jadi macam-macam ada. Cuma mungkin waktu tu makan tengahari, jadi kurang sikit orang dan gerai yang buka. Rasa kalau malam penuh tempat ni.


Lepas makan kami berpecah. Acik sekeluarga akan terus berjalan/cuti ke rumah adik beradik Acik Farid dan seterusnya balik ke kampung di Terengganu. Yang lain-lain akan balik semula ke Selayang. On the way tu kami cuma singgah di RnR untuk RnS (Rehat dan Solat & Basuh Berak) he he. Oh ye, kami berenti kejap di Temerloh sebab Atuk nak beli ikan patin.

SHAHZAN INN, KUANTAN REVIEW
  • Persekitaran: Tengah-tengah bandar Kuantan. Kawasan dia tak besar, parking pun tak banyak. Lebih kepada hotel untuk orang kerja out-station kut. Dekat dengan Masjid Negeri dan Bangunan Kerajaan macam Mahkamah, Pelancongan yang pakai bangunan-bangunan lama. Ada kedai-kedai lama di seberang padang dan kompleks beli belah (berlapis beberapa blok) depan hotel. Takyah minta morning call, azan subuh jelas kedengaran.
  • Bilik: Oldies. Masih pakai side-table yang penuh butang-butang tu. Walaupun rupa macam nak pecah serta wayar berselirat kat belakang, side table tu masih berfungsi. Tv dia pakai CRT lagi, remote amik kat lobby. Banyak benda uzur, tombol pintu pun loose. Walaupun dah lanjut usia, masih berfungsi la semua kemudahannya. Bersih.
  • Makanan: Breakfast je yang boleh komen. Basic dan simple. Bilik pun RM120, pada-pada la kan. Pagi tu ada:
    • Mee goreng (agak bergedimbab) tapi ok la. 
    • Nasi Lemak & condiments (beza dengan hotel lain ialah sambalnya sedap) 
    • Telur goreng
    • Baked beans
    • Roti Bakar with margarine & jam
    • Buah
    • Teh & kopi
    • Orange juice
  • Akan datang lagi?: Besar kemungkinan kut sebab ayah cam suka dok sini. Rasanya dah 3, 4 kali ayah dok sini. Ayah kata senang dekat dengan macam-macam, hati pun tak sangsi nak makan dari segi kehalalan toyyiban.
  • Value for money?: Ok rasanya. Promo cuti hari tu start dari RM100/malam. Kami kena RM120/malam

2 Responses
  1. Anonymous Says:

    Bergedimbab? Ada macam bergedil ke?


  2. amern Says:

    Macam burger la...