Friday Dec 7 2012
Big Bad Wolf datang lagi. Entah kenapa, semua orang excited nak pergi awal-awal. Biasanya benda-benda macam ni, ibu dan ayah akan pergi time dirasakan kurang ramai orang. Tapi kali ini kami pergi pada hari pertama dan jam pertama pameran/sale ini dibuka.
Pukul 6.30 pagi ibu dah kejutkan kita. Sesuatu yang jarang berlaku di musim cuti sekolah ini. Biasanya ibu biar je pukul berapa pun kita bangun. Pukul 7 kami dah sampai di MIECC, dan seperti yang dijanjikan PakSu, MakSu, Achik, Hakim, Hadi, Hasib dan Harraz pun tiba pada waktu yang sama.
|
Parking Cantek Punya, dekat lif! |
Walaupun buka pukul 6.30 pagi, ramai juga orang yang dah datang. Diorang solat subuh berjamaah kat sini kut he he he.... Asyik sangat memilih buku, sampai lupa snap gambar. Ni gambar-gambar semasa kami sort buku.
|
Satu untuk kau, satu untuk aku. Dua untuk kau, dua untuk aku! |
|
Amik tugas Atuk sebagai Pegawai Pemerhati berCekak Pinggang |
|
Achik dan Anak-anaknya. Hakim, Hadi dan Hasib. |
Lepas 2 jam kami semua dah lapar. Ye la, masing-masing tak sempat sarapan. So dalam pukul 9.30 pagi kami bertolak balik ke rumah utk breakfast kat restoran berhampiran. Ayah dan Ibu plan nak pergi lagi BBW ni sebab ibu tak sempat nak tengok buku-buku dia. Lagipun MIECC ni dekat je dengan rumah kita.
|
Tunggu makanan... |
|
Rombongan MakSu ke Pesta Buku |
|
Harraz: Den dah boli buku, ekau ado?? |
|
PakSu Musykil: Ni makan ko apo ni?? |
|
Hasil Tangkapan Kita Hari Ini! |
UPDATE: Ayah dan Ibu nak pergi semula ke BBW tu malam/pagi tu. Ini lah hasilnya yang membuatkan ibu & ayah berpatah balik!
|
Sabtu 8 Dec 2012, 1:07 pagi!!! |
UPDATE LAGI: Setelah frust nak pergi ke Serigala Jahat Yang Besar, ibu sowang-sowang pergi melawat Serigala Jadian di:
|
Sabtu 8 Dec 2012, 1:20 ptg @ TGV AEON Cheras Selatan |